Saturday, December 5, 2009

Penulis Blog

Assalammualaikum w.b.t buat semua warga komuniti bloggers lembah kelang. Kami sedang mencari mereka2 yang berminat untuk menjadi penulis di blog ini. Sesiapa yang berminat sila inform di ruangan komen ini yea. Tidak ada syarat yang dikenakan...Penyertaan terbuka kepada semua ahli warga komuniti.




Read more...

Monday, October 12, 2009

Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!". Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa : "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Read more...

Monday, October 5, 2009

Tempahan Baju Rasmi Komuniti Bloggers Lembah Kelang

Salam buat semua. Dengan ini kami mengambil keputusan untuk menggunakan sahaja design yang ada, ini kerana rakan-rakan yang lain tidak menghantar design T-Shirt untuk kegunaan kelab komuniti ini.

Disini disertakan semula design T-Shirt tersebut untuk kegunaan Rasmi apabila ada sesi perjumpaan ataupun sebaliknya.

Klik pada gambar untuk besarkan imej


Pihak kami telahpun berbincang dan akan membuat tempahan baju tersebut. Dengan ini sesiapa yang berminat boleh lah memberitahu di ruangan komen ini.

Berikut disertakan Senari harga untuk T-Shirt tersebut, brand Amereka. Material kain adalah yang terbaik.

Tebal sedikit dari brand Oren Sport, sesiapa yg pernah tempah baju tahu ler macam mana kualiti brand oren sport, kain ok tapi dekat TAG tu boleh luntur...lepastu kain klu lama2 akakn luntur warnanya, ini pengalaman saya sdiri, sbb sebelum nie pernah tempah baju menggunakan brand Oren Sport.

Kira nak tempah yg berkualiti lah kan...benda nak pakai lama...


ok kt bawah nie senarai harga untuk sehelai T-Shirt.

Order 15 helai
RM 31.00

Order 30 helai
RM 30.00

Order 30 helai ke 50 helai
RM 29.00

makin banyak tempah makin murah sikit harganya.

***Sekiranya ada yang ingin T-shirt panjang lengan, kena tambah RM 3 utk setiap helai. dan kalau nak saiz 3xl dan keatas kena tambah rm3.

T-Shirt warna hitam pun ada, design yg sama cuma tulisan warna hitam di tukar ke warna putih..

Tempahan Baju di buat melalui CETAK BAJU

untuk keterangan lanjut jugak boleh YM di Yanmie7882@yahoo.com


*Untuk pengetahuan jugak, pihak kami dalam perancangan untuk membuat sesi gathering, nantikan pengumumannya yea...*
********************************************************************************************

Senarai Nama yang menempah

1. Yanmie - 2 helai (Saiz M dan L) - Warna Hitam
2. Elynn - 2 helai (Saiz M) - Warna Hitam
3. Shahroll - 1 helai
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Reka T-Shirt untuk Komuniti Bloggers Lembah Kelang

Salam buat semua Warga Komuniti, kami bercadang untuk menempah T-Shirt rasmi untuk Komuniti Bloggers Lembah Kelang. Disini kami mempelawa dan mengalu-alukan semua untuk menyumbangkan reka design T-Shirt untuk Komuniti Bloggers Lembah Kelang.

Panduan:

1. Layout Design T-Shirt: Depan + Belakang
2. Warna: Merah, Biru, Kuning, Putih, hitam
3. Material Baju: 100% cotton
4. Format warna: CYMK (printing colour standard)
5. Design Resolution: 300dpi (printing standard resolution)
6. Basic Logo : Download Sini
7. Basic Font: Download Sini
8. Artwork format: .JPG/.TIFF/.PSD

Sebarang pertanyaan bolehlah hantar ke alamat email untukblog@gmail.com. Sila sertakan nama dan blog url anda ataupun anda boleh YM kepada yanmie7882@yahoo.com. kami amat mengalu-alukan sumbangan reka design dari anda semua.


Sekian, Terima Kasih...

--------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah sumbangan reka T-shirt, pemilihan T-shirt akan dibuat melalui undian warga komuniti.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas dan menarik



Sumbangan reka T Dari Yanmie

*************anda*************

********anda********

****anda****


Read more...

Sunday, August 23, 2009

Adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)


Sumber: Halaqah.net

Read more...

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan




Salam ramadhan buat semua warga komuniti bloggers lembah kelang.
Semoga ramdhan kali ini membawa seribu makna buat kita semua


Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Blog Under Construction

Salam buat semua warga komuniti bloggers lembah kelang. Blog ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian. Masih terlalu banyak link yang belum di masukkan. Harap anda semua bersabar, pihak kami akan segera memasukkan link anda secepat yang mungkin.

Sekiranya blog anda tidak di senaraikan disini, sila beritahu kami. Tinggalkan sahaja komen di ruangan ini. Kami akan segera memasukkannya.

Harap Maaf atas segala kesulitan...


sekian,
yanmie...

Read more...

Monday, August 3, 2009

alaMAK

Peristiwa pertama... Seingat saya, sekitar setahun yang lepas, ketika di Johor Baharu, saya dan seorang rakan duduk dalam sebuah bilik pejabat dengan seorang kenalan dari K.Lumpur yang akan membentang ceramah 'dakwah'. Teman ini meminta untuk memperkemaskan bahan-bahan ceramahnya yang akan dibentang melalui power point. Sesuatu yang 'menakjubkan' saya, apabila rakan penceramah ini merunggut ( lebih dari 3 kali )sambil menyebut,"ALAMAKKK, silap lagi".

Dan beberapa hari yang lepas, seorang kenalan menelepon saya untuk perbincangan sesuatu perkara. Dari perbualan itu, saya memahami dia sedang berbincang dengan beberapa rakanya. Terdengar oleh saya, kenalan saya itu mengucapkan juga, "alamakkk...." ( mungkin respon dari sesuatu kesilapan )

Ulasan:-

1. Apabila menyebut nama emak, emak kita tidak akan mendengar, tetapi menyebut nama Allah, Allah Maha mendengar!!

2. Bukankah hati yang dekat dan kerap menyebut nama Allah, akan juga menyebut nama Allah ketika dia melatah atau tersasul!!

3. Kasih sayang emak memang hebat, dan anak soleh selalu mengingati emaknya, tetapi kasih sayang Allah mengatasi segala-galanya, maka sebutlah selalu nama-Nya.

4. Kisah yang pertama tadi, penceramah berceramah tentang mendaulahkan sistem Allah pada diri dan alam ini ketika mindanya dalam kawalan, tetapi apabila minda di luar kawalan, nama Allah tidak terkeluar!


{Artikel di atas di petik di blog pakcik saya (Dr.Yusuf Abbas) & pernah di keluarkan di blog saya juga }


yang Benar

Read more...

Friday, July 24, 2009

Template bermasalah

Salam Buat semua warga komuniti bloggers lembah kelang, harap maaf kerana Template blog ini mengalami sedikit masalah, ini kerana template tersebut telah pun diedit oleh tuan punya Template. Yelah nama pun Template Free kan..

Insyallah sekiranya ada kelapangan, pihak kami akan mengusahankan untuk menukar kepada template yang lain.

Anda jugak di pelawa untuk menyumbangkan Template atau design untuk Blog ini. Dan anda juga dipelawa untuk menghantar artikel di sini. Sekiranya berminat boleh lah YM di yanmie7882@yahoo.com

Sekian, Terima kasih...

Read more...

Wednesday, July 15, 2009

Menangis

{via reappear}


ada ker manusia yg tidak tahu menangis..
manusia yg tidak berperasaan mungkin la tidak tahu menangis..
sesungguhnya manusia yg tidak tahu menenangis itu akan kerugian yg amat besar..

ini kerana saya percaya dengan menangis segala amarah yg terbuku akan terkeluar..
akan rasa lega jika dapat mengeluarkan air mata..
itu adalah pendapat peribadi saya sahaja..

pendapat anda?? bagaimana??

fikir2x kan la.. :D

yg benar,
Munirah Abd

Read more...

Keystroke pada Komputer

Sekiranya anda melayari internet dari luar contohnya di Cafe Cyber, hotel atau mana2 yang menyediakan khidmat melayari Internet, sila pastikan komputer anda tidak mempunyai sambungan seperti dalam gambar bawah ini


Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Bagi anda yang ingin melayari internet banking ataupun yang sewaktu dengannya di saran agar tidak menggunakan PC tersebut ini kerana setiap data yg tersimpan yang telah diketik oleh keyboard tersebut akan disimpan dalam Black Device

Contohnya apabila anda mengakses akaun bank anda, dan setelah selesai menggunakan PC, anda pun meninggalkan PC tersebut. dan maka akan dengan mudahnya akaun anda tadi boleh diakses oleh orang yg tidak bertanggungjawab, ini kerana data2 berkenaan secara automatik disimpan didalam Black Device tersebut.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC yang anda ingin gunakan itu, sekiranya ada sambungan yang mencurigakan di belakang PC tersebut lebih baik jangan gunakan PC tersebut bagi mengelakkan data anda di curi.


Sumber Wikipedia

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

12 kes baru H1N! dikesan

PUTRAJAYA: Sebanyak 12 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sepanjang 24 jam lalu, dengan 10 kes import baru dan tambahan dua jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada keseluruhan kes yang dikesan semalam, tiga melibatkan warga asing, dua orang rakyat Yemen dan seorang rakyat Indonesia manakala selebihnya adalah rakyat tempatan yang melawat dan berada di negara-negara terjejas dengan wabak itu, Singapura, United Kingdom, Thailand, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan.

"Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal kebangsaan mengenai Influenza A (H1N1) di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan
Influenza A (H1N1) adalah sebanyak 1,619 kes. - Bernama

Sumber myMetro

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Nikmat di Bulan Rejab

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini...........

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa


3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt


4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"


Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."



p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua

2. Waktu Sihat sblm Sakit

3. Waktu Lapang sblm Sibuk

4. Waktu Kaya sblm Miskin

5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

3 tahun dalam neraka


KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke kedutaan tanpa mengenakan tambang.

Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.

Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

“Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.

Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.

“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.

Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil.

“Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.

“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.

Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.

“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.

“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.


Sumber Mymetro

Read more...

Sunday, June 7, 2009

Ajaran sesat ayah


KUALA LUMPUR: Usianya baru 13 tahun dan sepatutnya menghabiskan masa di sekolah, namun sungguh mengejutkan kerana dia mengaku tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, sebaliknya ‘sekolah’nya selama ini ialah premis mesin judi haram.

Tidak kira siang atau malam, di situlah remaja itu yang hanya mahu dikenali dengan nama Irwan ‘bersekolah’ dan ‘gurunya’ pula mesin judi kuda, ‘jackpot’, ‘badut’, ‘kungfu’ serta meja snuker sehingga dia mampu ‘mencari makan’ dengan permainan judi snuker ‘lucky ball’.

Selama dua minggu wartawan Metro Ahad memantau gerak-geri Irwan di kawasan sekitar Puchong sebelum berjaya mendekatinya hingga bersedia ditemubual.

Menurut Irwan, dia tidak pernah bersekolah dan menetap bersama bapanya yang tidak bekerja.

“Saya ‘anak terbiar’. Bapa saya juga seperti saya... menghabiskan masa di premis mesin judi. Kami menyewa bilik, tetapi biasanya saya tidur di pusat judi,” katanya.

Irwan mengakui dia buntu memikirkan masa depannya dan seboleh-bolehnya tidak mahu terus hidup begitu.

“Saya teringin sangat hendak bersekolah, tetapi nak buat macam mana. Kebanyakan kawan saya juga ‘rosak’ sebab sepenuh masa dihabiskan di premis mesin judi.

“Tiada siapa mahu membimbing saya. Saya tidak tahu saya akan jadi apa apabila dewasa nanti,” katanya.

Irwan berkata, dia mula mengenali mesin judi dan snuker sejak berusia 10 tahun apabila kerap mengikuti ayahnya ke premis judi.

“Saya tidak sekolah, lalu apa yang boleh saya buat melainkan ikut ayah ke tempat seperti itu. Sejak itu saya mula mengenali mesin judi dan snuker.

“Apabila ayah beri wang, saya mencuba nasib. Kadangkala jika ayah ada duit lebih, dia beri saya wang dan suruh saya main,” katanya.

Menurut Irwan, sejak itu dia menjadi ketagih bermain mesin judi terutama judi kuda, kerana modalnya hanya RM1.

“Menang main kuda tidaklah banyak. Masuk RM1 kalau kena pilihan dapatlah RM4. Kadangkala kalau pilihan bagus boleh kena sehingga RM500.

“Menang besar, main pula mesin lain seperti ‘jackpot’, ‘badut’ dan ‘kungfu’. Masuk RM10 atau RM20 sekali jalan. Kalau nasib baik boleh dapat untung sehingga RM200,” katanya.

Irwan berkata, dari usia 10 hingga 13 tahun begitulah rutin hariannya sehingga dia mahir bermain snuker dan mencari makan dengan permainan itu.

“Saya mampu mengalahkan orang dewasa. Jika bermain judi snuker ‘lucky ball’, saya selalu menang dan kadangkala ambil upah mainkan untuk orang,” katanya.

Menurut Irwan, lumrah berjudi, dia selalu kalah daripada menang sehingga terpaksa meminta simpati orang lain untuk makan dan minum.

“Kadangkala wang ada RM2, semua dihabiskan ke mesin kuda. Kesudahannya, nak makan pun tiada wang. Harapkan ayah, ayah tak peduli sebab dia selalu tiada wang dan jika ada wang, semuanya lebur di mesin judi. Kami dua beranak memang mencari ‘rezeki’ dengan bermain mesin judi,” katanya.

Irwan berkata, selain mencari wang dengan berjudi, dia juga sanggup menjadi kuli pelanggan premis mesin judi.

“Saya sedia disuruh membeli rokok atau makanan. Kalau ada pelanggan yang baik, saya dapat upah, tetapi jika yang buat tak tahu saja, upahnya adalah lebihan wang yang diberi dalam jumlah beberapa sen saja.

“Wang upah itulah saya gunakan untuk membeli makanan dan minuman, tetapi biasanya wang itu lebur dibuat berjudi,” katanya.


Sumber Mymetro

Read more...

Friday, June 5, 2009

UTK ORG2 ISLAM...JANGAN MAKAN CRISPY....!!!

BERIKUT EMAIL YANG SAYA TERIMA DARI MAILING LIST SAYA (KAKAK). HARAP DAPAT DIKONGSI BERSAMA.

SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...

SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH UNTUK RUJUKAN ANDA...


KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU... ADA (E476)

SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...

SEKIAN, WASSALAM

Read more...

Thursday, June 4, 2009

Padah lubang besar


MELAKA: “Saya hanya fikir akan lemas, namun dengan bantuan orang ramai, saya dan anak berjaya diselamatkan,” kata seorang warga emas, Md Desa Md Eson, 58, yang terjunam dalam lubang sedalam hampir dua meter bersama anaknya, Nurwahida, 24, di Jalan Krubong berhampiran Taman Teknologi Cheng, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Md Esa yang menunggang motosikal Honda EX-5 dalam perjalanan dari Kampung Panchor di Pantai Belimbing untuk menghantar anak keduanya berusia 24 tahun itu ke tempat kerja di Taman Merdeka.

Dua beranak berkenaan nyaris lemas dalam lubang terbabit yang terbentuk seperti kawah disebabkan paip bawah tanah pecah dipercayai sejak awal pagi.

Md Esa berkata, sebaik tiba kawasan itu, dia melihat sebuah kereta Perodua Kancil berhenti dan menyangkakan ia rosak ataupun terbabit kemalangan.

Bahagian jalan itu juga dipenuhi air menyebabkannya menyangkakan berlaku banjir kerana hujan lebat pada awal pagi.

“Saya menunggang ke arah kanan berhampiran lorong bertentangan dan melalui tempat yang dipenuhi air itu dan tiba-tiba motosikal saya terus terjunam dalam lubang.

“Akibat itu, saya panik kerana kejadian berlaku pantas. Badan saya ditenggelami air separas leher serta tidak mampu berbuat apa-apa kecuali macam hendak lemas.

“Saya pegang tangan anak saya sekuat hati supaya dia tidak tenggelam kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya di sini, semalam.

Md Esa bagaimanapun, bersyukur kerana ketika itu orang ramai berusaha untuk menyelamatkannya walaupun mendakwa agak lewat menghulurkan bantuan.

Akibat kejadian itu, anak perempuannya cedera di tangan kanan serta menangis dan trauma dengan nasib menimpa dirinya.

“Saya kecewa dengan pihak berkuasa kerana mereka sepatutnya memantau perkara ini dan memastikan paip bawah tanah berkenaan tidak pecah sehingga membentuk lubang sebesar itu.

“Ini kelalaian manusia bukan disebabkan bencana alam dan perkara seumpama ini sepatutnya boleh dielakkan,” katanya.

Dalam kejadian itu, Md Esa serta anaknya adalah mangsa ketiga termasuk dalam lubang itu selepas mangsa pertama seorang pengawal keselamatan, Ismail Kamaludin, 58, yang turut menunggang motosikal terjunam dalam lubang itu pada jam 6.30 pagi.

Mangsa kedua seorang juruteknik, Mohd Najib Adam, 26, juga menggunakan motosikal termasuk dalam lubang itu selang 10 minit selepas mangsa pertama.

Sementara itu, Ismail berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerja dari Taman Sri Krubong ke Ayer Keroh dan melalui kawasan itu ketika keadaan masih gelap dan menyangkakan air yang memenuhi jalan berkenaan disebabkan banjir.

Bapa empat anak itu menunggang perlahan bagi meredah air yang berarus.

Bagaimanapun, tiba-tiba motosikal Honda EX-5 yang dinaikinya terjunam dalam lubang besar terbabit.

“Saya terus terkapai-kapai sambil menjerit meminta tolong, tetapi tiada siapa datang. Saya bernasib baik kerana dapat berpaut pada badan sebuah kereta diletakkan berhampiran lubang itu.

“Saya berjaya naik dan bersyukur selamat dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Pantai Belimbing menuju kilangnya di Batu Berendam, dekat sini dan keadaan cahaya di situ samar dan tidak menunjukkan petanda seperti wujud lubang besar di kawasan air bertakung berkenaan.

“Saya takkan lupakan peristiwa ini kerana ia hampir menyebabkan saya lemas, tetapi saya bersyukur kerana selamat,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat digunakan untuk mengepam keluar air yang memenuhi lubang itu.

Selepas kerja berkenaan selesai dijalankan, kakitangan Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) melakukan kerja membaiki paip pecah itu.

Dalam pada itu, jurucakap SAMB berkata, paip bersaiz 12.5 sentimeter yang terletak di bawah jalan terbabit dipercayai pecah sehingga menyebabkan berlaku runtuhan pada struktur jalan berkenaan lalu membentuk lubang.

Katanya, pihak SAMB menerima aduan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 7.25 pagi lalu bergegas ke tempat kejadian tidak lama kemudian.


Sumber Mymetro

Read more...

Wednesday, June 3, 2009

Bom jangka meletup


KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.

Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.

Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.

“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.

“Tidak perlu saya menjaja cerita peribadi kerana saya sudah membuat keputusan dan segalanya akan diputuskan di mahkamah nanti,” katanya yang belum menerima panggilan telefon daripada Akhil Hayy sejak Ahad lalu.

Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.

“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius.

“Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati berkata, sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.

“Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu.

“Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan,” katanya.

Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.

“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang.

“Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah,” katanya.

Sebagai orang yang beragama, kata wanita beranak enam itu, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.

“Dia berkawan dengan suami saya dan sebagai seorang perempuan dia patut tahu bagaimana membawa diri tatkala berdamping dengan suami orang,” katanya.

Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.

“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami,” katanya.

Sumber dari Mymetro

Read more...

Sunday, May 31, 2009

Nikah main-main




KUALA LUMPUR: Perkahwinan bagi mereka ibarat mainan. Selepas terlanjur dan hamil anak luar nikah, mereka berkahwin tanpa mengikut prosedur sebelum masing-masing kemudian membawa haluan sendiri.

Selepas anak dilahirkan, mereka gagal mendaftar kelahiran itu berikutan tidak cukup dokumen, lantas masing-masing terus membawa diri, sekali gus meletakkan masa depan anak dalam keadaan terumbang-ambing.

Itulah gaya hidup ‘cincai’ segelintir umat Islam masa kini menerusi pengakuan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Syawal, 38, dan ibu muda bernama Shila, 24, kepada Metro Ahad.

Kedua-duanya kini menyesal kerana berkahwin dan memilih cara hidup seperti itu bersama pasangan masing-masing sejak lebih setahun lalu.

Syawal berkata, perkahwinannya benar-benar seperti perkahwinan ‘main-main’.

“Kami berkenalan, terlanjur atas dasar suka sama suka dan teman wanita saya hamil. Dia mahukan anak itu dan sebagai mencukupkan syarat, kami berkahwin ala ‘koboi’ dengan dinikahkan ayahnya tanpa sebarang pendaftaran.

“Jika ikutkan kehendaknya, kami tak berkahwin pun tak apa, asalkan dia dapat melahirkan anak yang dikandung,” katanya.

Menurut Syawal, selepas berkahwin mereka hanya berjumpa sebulan sekali, malah kadangkala tidak bertemu sehingga tiga bulan.

“Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta dan saya menjadi suami umpama ‘suami pak turut’, justeru masing-masing buat hal sendiri.

“Isteri tidak kisah, walaupun semakin lama semakin sarat mengandung. Saya boleh datang berjumpanya ikut suka,” katanya.

Syawal berkata, apabila tiba waktu isterinya melahirkan anak hasil persetubuhan haram mereka, baru dia benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

“Saya hantar dia ke hospital dan menyediakan perbelanjaan. Kerana sikap sambil lewa, apatah lagi menganggap perkahwinan seperti ‘main-main’ dan sedar bukan mudah untuk mendaftarkan anak tanpa perkahwinan yang mempunyai sijil, kami tidak mendaftarkan anak kami.

“Dalam tempoh beberapa minggu, ibarat permintaan sudah tertunai, kami membawa haluan masing-masing. Dia tidak cari saya, saya pula tidak cari dia.

“Perasaan seronok hidup seperti orang bujang membuatkan saya langsung tidak memikirkan mengenai masa depan isteri dan anak,” katanya.

Menurut Syawal, masalah kewangan juga menjadi faktor dia tidak dapat memberi komitmen kepada isterinya.

“Kalau tak ada wang, saya rela tidak bertemu mereka. Wang untuk menyara diri sendiri tak cukup, bagaimana nak menyara anak bini?” katanya.

Syawal berkata, sudah hampir dua tahun dia tidak bertemu isteri dan anaknya.

“Entah bagaimana agaknya keadaan mereka. Namun, apa boleh buat, kami sudah memilih jalan sendiri.

“Namun, saya sedar anak daripada darah daging saya itu akan berdepan masalah pada masa depan. Insya-Allah selepas ini saya akan mencari mereka semula supaya anak saya mempunyai pengenalan diri,” katanya.

Shila pula berkata, keterlanjuran bersama teman lelaki sehingga dia hamil anak luar nikah menyebabkan keluarganya memaksa dia berkahwin.

“Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak berkahwin asalkan anaknya dapat dilahirkan, tapi selepas dipaksa keluarga, saya terpaksa mengikut saja.

“Namun, saya tidak tahu bagaimana status perkahwinan saya. Pernikahan saya dilangsungkan dalam suasana ringkas.

“Abang saya menjadi wali dan setahu saya, imam yang menikahkan saya tidak bertauliah serta berasal dari Indonesia,” katanya.

Menurut Shila, selepas berkahwin, suaminya berjanji hendak menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan mahu menjaga anak, tetapi tidak sampai enam bulan, masing-masing tiada persefahaman, apatah lagi dalam keadaan suami bergaji kecil.

“Enam bulan berkahwin, suami mula berubah. Duit tidak pernah cukup untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga kerana pendapatannya hanya sekitar RM900. Lebih teruk lagi, suami kuat minum arak.

“Saya pula sering dipukul apabila menegur tabiat buruknya,” katanya.

Shila berkata, dalam keadaan sedemikian mereka bersetuju memilih jalan hidup masing-masing.

“Kami sudah berkahwin tetapi tidak seperti suami isteri. Pada mulanya suami jarang pulang ke rumah, tetapi lama kelamaan, tanpa bercerai kami terputus hubungan selepas dia terus menghilangkan diri.

“Saya lebih senang dengan keadaan seperti itu kerana tidak mahu terikat lagi dengan suami. Yang penting saya ada anak dan mahu menjalani hidup sendiri,” katanya.

Menurut Shila, dia tenang dengan kehidupannya, tetapi kini mula bimbang dengan masa depan anaknya kerana anaknya belum ada sijil lahir walaupun usianya mencecah setahun.

“Selepas melahirkan anak, saya dan suami tidak mendaftarkan anak kami. Selain takut malu, kami bersikap sambil lewa.

“Kesudahannya, sehingga kini anak saya tiada sijil lahir. Namun, kini saya sedar dokumen itu penting untuk masa depan anak saya dan saya akan berusaha membuatnya, walaupun takut,” katanya.

Sumber dari Mymetro

Read more...

Saturday, May 30, 2009

Pelajar perempuan mengaku buang bayi

KUANTAN:Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama ditahan selepas mengaku membuang bayi lelaki yang mayatnya ditemui di perkarangan sebuah rumah di Balok Makmur semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata pelajar berusia 16 tahun terbabit telah dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 11 pagi tadi.

"Pelajar terbabit mengaku perbuatannya itu dan kini ditahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Dia telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menjalani rawatan susulan selepas melahirkan anak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar perempuan itu membuat laporan polis bahawa dia
dirogol seorang kenalannya sehingga melahirkan bayi yang dibuangnya itu.

"Polis sedang menyiasat laporan pelajar itu,"

Sumber dari myMetro

Read more...

Sunday, May 10, 2009

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2009


Salam & Hello to all blogger Lembah Kelang (LK)

Shahrul ingin berkongsi maklumat tentang event Ekspo Perkahwinan Malaysia 2009 yang akan berlangsung pada 10 HINGGA 12 JULAI di ARMCORP MALL.Kepada bakal2 MEMPELAI or PENGANTIN BARU yang masih mencari2 photographer ke, bridal house ke, nielah masanya anda membuat recce di sana. Jangan lepaskan peluang nie k. Cheerz!~

anything can call me (shahrul) 012-3437359 ( for pengusaha2 wedding yang nak bukak booth di tapak expo nie.. thanx)

"sharing is caring"


Salam dari meja wartawan,
Shahrul Hairy Shaharuddin
www.shahrulhairy.blogspot.com

Read more...

Thursday, April 30, 2009

Jemputan Untuk Semua





kami ahli geng sayap berbesar hati mengajak korg semua join kami. pada yg dah abis exam or baru nk mula exam meh la join. leh reles tension sikit.

MAri..!!
MAri...!!!
mariii....!!!!


kita gamatkan suasana di ULU YAm selangor.


pd yg nk join blh la contac Cik Anis di blog Cik Anis @ sms anis di 017-6705033


Read more...

Saturday, April 18, 2009

Komen dan cadangan dari anda

salam pada rakan semua, disini kami mengalu-alukan komen dan cadangan daripada anda semua untuk memantapkan lagi komuniti yang baru terbina di alam maya ini. Semoga dengan adanya komen dan cadangan dari anda semua dapatlah memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Anda juga di alu-alukan untuk menyumbang artikel ke blog komuniti ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami. Dan Insyallah semoga blog ini terus mantap setanding dengan blog komuniti yang lain dan semoga komuniti kita akan terus berkembang.

Sila YM untuk sebarang pertanyaan kepada :-

Sheikh - jonazmi@yahoo.com
atau
Yanmie - yanmie7882@yahoo.com



Yang jauh kita dekatkan
Yang dekat kita mesrakan

Read more...

Friday, April 17, 2009

Blog sudahpun Terindex di Google

Salam pada rakan-rakan semua. Baru kejap tadi saya meninjau-ninjau di laman Google, tergerak dihati untuk mencari Blog komuniti ini di laman tersebut. Saya menggunakan kata kunci "Bloggers Lembah Kelang", dan hasilnya memang mengejutkan kerana usia blog komuniti ini baru sahaja 3 hari dan sudah pun terindex.


Blog ini jugak terindex di laman teratas sekali. Apa pun harapan semoga dangan adanya blog komuniti ini makin bertambah ikatan ukhwah yang terjalin dan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim


Yang jauh kita dekatkan
yang dekat kita mesrakan

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Himpunan Bloggers Lembah Kelang kini Dibuka

Salam Pada Rakan-rakan semua. Dengan ini secara rasminya blog Himpunan Bloggers dari Lembah Kelang kini dibuka kepada semua bloggers dari kawasan Lembah Kelang. Dengan adanya Blog ini dapatlah kita mewujudkan komuniti bloggers dari kawasan kita, disamping tu dapat mengeratkan lagik hubungan silaturrahim.

sekiranya anda berminat menyertai Komuniti ini, sila Isi borang dibawah sekali ataupun boleh menjerit di ruangan Sembang kat sidebar tu. Tetapi ada syaratnya untuk menyertai komuniti ini. Syaratnya tak susah pun. hanya amik banner kat sidebar tu, then letakkan dlm blog anda.

Sekiranya Anda ada Komen dan Cadangan blh lah hubungi kami jugak menggunakan borang di bahagian bawah sekali.















































Nama Anda
Alamat Email Anda
Perkara
Mesej










Image Verification
Please enter the text from the image

[ Refresh Image ] [ What's This? ]








Read more...

Ahli Komuniti Bloggers Lembah Kelang

Komuniti Bloggers Lembah Kelang Template By Dicas Blogger Edited By Yanmie at Permata Hatiku